Tuesday, July 10, 2012

PERMOHONAN PRASEKOLAH SKTTU 2013


** Permohonan Prasekolah di SK Taman Tampoi Utama telah dibuka secara rasmi pada pada 1 Julai 2012 sehingga 28 September 2012.

** Ibu bapa perlu mendaftar anak ke Tahun 1 terlebih dahulu di Pejabat SKTTU pada waktu pejabat sahaja.

** Kemudian, bawa surat beranak ke Prasekolah Ibnu Majjah yang telah dicop menandakan tuan/puan sudah berjaya mendaftar anak untuk ke Tahun 1 di SKTTU.

** Setelah itu, barulah Borang Permohonan Prasekolah 2013 akan diberi kepada tuan/puan.

** Sila lengkapkan borang permohonan dan kepilkan sekali :

  • Salinan surat beranak anak
  • Salinan ic ibubapa
  • Salinan slip gaji ibubapa
  • Salinan bil air/bil api
  • disahkan oleh ketua kampung, majikan suami isteri.
  • sampul surat beralamat sendiri serta setem RM1
Tarikh tutup permohonan ialah 28 September 2012. 

Tuesday, July 03, 2012

sawang..oh..sawang..

Assalamualaikum dan salam satu malaysia..
Penat pulak nak bersihkan sawang yang berjuta2 lemon nih..
Masa tidak mengizinkan..Tambah pulak lupa password blog..hihi..Godek2 pnya godek,akhirnya berjaya sign in blog..Nasib baik kat kelas dah ade connection..Terima kasih banyak2 pada juruteknik sekolah En. Syukri yang bersusah payah memanjat menarik kabel ke kelas ku..jauh jugak tu..Beli kabel 300 m kt Danga City Mall..hihi..Dapat lah budak2 tengok video kt youtube setiap pagi....macam2 ada..sambil buat keje boleh dengar dan nyanyi lagu abc phonics..dah makin lancar dah nampaknya..insyaallah..data2 dan maklumat prasekolah akan dikemaskini..hehe..