Testing...testing...
Akhirnya dapat jugak ID dan password blog nih..
Cikgu Sue kena sapu sawang yang menebal ni..
Baru dapat share berita anak-anak Majjah...
Assalamualaikum..
Sudah setahun Cikgu Sue menyepi..
Maklum la terlalu sibuk menguruskan hal2 sekolah dan hal2 di rumah..pendidik merangkap surirumah yang terhebat la katakan..hihi..Di sini Cikgu Sue upload kan aktiviti2 yang sempat dirakam sepanjang tahun 2014.Rindu kat anak-anak Majjah 2014..Sayang korang semua!
Alhamdulillah..hari pertama persekolahan pada 1 Januari 2014 berjalan dengan baik walaupun ada yang meronta-ronta nak cabut lari..hihi..yang sorang lagi pulak sempat curi telefon Cikgu Sue nak telefon mak katanya..nak mintak mak sekolah dengan dia.haha..macam-macam karenah anak-anak Majjah..Seronok betul hari pertama sekolah, Cikgu Sue terpaksa tahan nak terkucil tak boleh keluar dari kelas..Jom kita tengok reaksi anak-anak comel ni..
ABC..123...Mula mengenalinya di Tadika Perpaduan T.Merah,Kel.(1986).Kemudian, bersekolah di SRK SriSuria 2,TM(1987-1992).Seterusnya ke SM DatoMahmudPadukaRaja(1993-1997).Mendapat tawaran ke Matrikulasi Sains(Fizik) UPM di KolejTerasTimur,Dungun(1998-1999).Menymbung pengajian ke UPMSerdang dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer selama 3 tahun setengah.Setelah 5x mohon KPLI,Alhamdulillah diterima masuk ke IPRM,Seremban-Dip. Pendidikan Prasekolah(PSV dan Muzik)2008.Masuk maktab pada hari ke 14 aku melahirkan putera sulungku.Berpantang di maktab,huhu.Setelah bersusah payah belajar setahun,dapat CEMERLANG-3.78 untuk diplomaku.Kini,aku menjadi seorang guru prasekolah di Prasekolah Ibnu Majjah SKTTU bermula Jan 2009-kini.Semoga aku menjadi seorang pendidik yang cemerlang dunia dan akhirat,insyaallah..
Pada tahun 2005, Prasekolah Ibnu Sina telah ditubuhkan.
Guru : Jan 2005 - Pn. Syahida Feb 2005 - Pn. Maziah Jan 2011 - Pn. Yusriza
PPM : Jan 2005 - Pn. Nurhaliza Jan 2006 - Pn. Dewi Melor Jun 2008 - Pn. Sedang Hanum
Prasekolah Ibnu Majjah pula mula beroperasi di SK Taman Tampoi Utama pada awal 2008. Prasekolah tersebut dipindahkan dari SK Ladang Pendas, Gelang Patah.
Guru : Jan 2008 - En. Ridzuan Jan 2009 - Pn. Suriati Husniza
PPM : Jan 2008 - tiada PPM Jun 2008 - Pn. Dewi Melor
MISI Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
VISI Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.
MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.
OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH 1) mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep yang positif dan menjadi warganegara yang patriotik; 2) menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi; 3) menggunakan bahasa Cina dan bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa Cina dan bahasa Tamil; 4) menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukan sebagai bahasa kedua; 5) mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid-murid beragama Islam; 6) mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian; 7) mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah; 8) mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial; 9) mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik; dan 10)mempunyai daya kreatif dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.