Memulakan Tahun Baru 2011 dengan sesi Taklimat Ibu bapa Prasekolah Sesi 2011 pada 1 Januari 2011. Alhamdulillah, kedatangan ibu bapa hampir 100%, x sangka seramai ni yang datang, tahun2 lepas,ramai yang tidak menghadirkan diri..Beribu maaf kerana tempat tidak begitu selesa kerana semua dijalankan serentak, Pendaftaran Tahun 1, Bayaran Yuran..Kelas-kelas besar dan dewan semua diguna pakai..Terpaksalah ibu bapa murid prasekolah bersesak sedikit di Bilik Tayang SKTTU. Walaupun sempit, tapi sejuk kan?heheh.. Lagi pulak, ini tahun pertama pendaftaran penuh 50 orang..Tahun-tahun sudah hanya 38-44 murid sahaja.. Tahun ini,senarai menunggu pun agak ramai..Nampaknya SKTTU nak kena tambah pra lagi satu..hehe..
Saya selitkan sedikit gambar sepanjang perjalanan taklimat tersebut..
Tenkiu pada ustazah Zalina yg dtg tolong kitaorg kat meja pendaftaran.. |
Cikgu Yus kita sempat bposing..hehe |
Makin ramai yang datang nampaknya.. |
suasana di dalam bilik tayang..adik kita sorang nih dah lelap rupanya.. |
GB memberi ucapan.. |