BUNGA kapal
Anak-anak Ibnu Majjah agak teruja bila saya kata "harini kita nak buat bunga gergasi"."Hooray",mereka menjerit. Biasa lah, budak-budak, bile masa menulis, membaca, liat betul..Saya telah sediakan semua bahan sebab semuanya tersedia di kelas, tinggal mereka perlu pilih sahaja kertas warna apa yang mereka suka. Warna yang paling mereka suka ialah warna biru.5 orang warna biru, 4 orang warna pink, 4 orang warna hijau dan 4 orang warna kuning. Memandangkan 17 orang je yang datang pada hari ini, maka 17 kuntum bunga je la yang akan terhasil..Opps, aktiviti ni sebenarnya saya buat pada 20 Ogos yang lepas. Harini baru nak masukkan dalam blog..hehe,maklumlah jadi mama pada 2 orang hero kecil molek nih,agak kelam kabut sket.hehe..Jom, kita tengok apa bahan-bahannya..
*6 helai kertas A4 atau kertas warna
*Gam
*Gunting
Cara membuat :
1) Lipatkan kertas A4 dan jadikan 5 biji kapal. 1 kertas untuk 1 kapal.
2)1 helai kertas lagi digulungkan secara memanjang untuk dijadikan batang dan digunting hujungnya.
3)Cantumkan kelima-lima buah kapal tadi dan tampalkan bahagian tepinya untuk membentuk sekuntum bunga.
4)Masukkan batang bunga di celah/tengah bunga tadi.
5)Maka terhasillah sekuntum bunga.

Wah, semua dah dapat siapkan kapal untuk dijadikan kelopak bunga. Jom kita cantum 5 kapal=5 kelopak bunga. |
sgt kreatif....
ReplyDeleteTerbaik 👍... Selalu buat kapal je tuk murid dr kertas, siapa sangka blh buah bunga pula.. Tahniah cikgu
ReplyDelete