Sunday, December 29, 2013

Ujian Diagnostik Tahun 1-2014

Suasana di dalam bilik peperiksaan si cilik..hihi..Alhamdulillah ramai anak-anak prasekolah dapat menjawab soalan dengan baik.. Ada juga yang menjawab sambil menggaru kepala..Tak menjadi masalah..Cuba lagi tahun depan..hihi..



Jamuan Akhir Tahun Prasekolah 2013

Terasa sedih ditinggalkan oleh anak-anak didik..Tahun depan dah sombong la dengan Cikgu Sue..Maklum la dah tukar unifom, dah tak pakai baju kuning lagi, dah pakai baju putih dah.. Semoga anak- anak didik Cikgu Sue dan Cikgu Yus akan lebih cemerlang lagi di Tahun 1 nanti..Amin..Anak-anak 5 tahun, kita jumpa lagi di tahun hadapan walaupun dah bertukar kelas..









PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA HARI KANAK-KANAK

Anak-anak prasekolah telah menyertai Pertandingan Mewarna sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak..Adik Fatin Nur Raudhah, Intan Nur Qamarina dan Maahesh telah mendapat tempat dalam pertandingan tersebut..




KONVOKESYEN PRASEKOLAH PERINGKAT ZON BANDAR

Majlis Konvokesyen Prasekolah Peringkat Zon Bandar telah berlansung dengan meriah sekali pada 31 Oktober yang lalu bertempat di Dewan MPC, Bandar Baru Uda..








PROGRAM SUMBANGAN KELUARGA 2013

Alhamdulillah, Prasekolah Ibnu Majjah mendapat tempat ke-4 untuk Program Sumbangan Keluarga 2013 anjuran PIBG. 

Adik Fatin Nur Raudhah dari Prasekolah Ibnu Majjah dapat mengumpul RM500 dan telah mendapat tempat ke-2  untuk Program Sumbangan Keluarga 2013



Sunday, November 17, 2013

HARI LAHIR SITI NUR AISYAH

Sambutan Hari Lahir Adik Siti Nur Aisyah pada 17 September 2013..Meriah..kek lagi meriah.nyum..nyum..






KEM BESTARI 1 MALAYSIA PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH JB 2013

Kem Bestari 1 Malaysia peringkat daerah Johor Bahru 2013 telah diadakan di SK Taman Tampoi Utama dengan meriah sekali..Maklum la jadi tuan rumah mestilah meriah..hihi..Team Zon Bandar untuk Bijak Prasekolah BM telah berjaya mendapat tempat ke-2..Alhamdulillah..Terima kasih kepada rakan pasukan dari SK Tasek Utara dan SK Taman Bukit Mewah..












KEM BESTARI 1 MALAYSIA PRASEKOLAH ZON BANDAR 2013

Kem Bestari 1 Malaysia Prasekolah telah diadakan pada 29 Ogos 2013 bertempat di SK Temenggung Abdul Rahman 1, Johor Bahru..Seramai 4 orang murid prasekolah yang mewakili dalam beberapa acara iaitu Danial Amani-Bijak Prasekolah BI, Fatin Nur Raudhah-Bijak Prasekolah BM, Ammar Syahmi-Bijak Prasekolah BM dan Farisya-Tilawah. Alhamdulillah..adik Fatin Nur Raudhah telah berjaya mendapat tempat ke-3 mewakili Zon Bandar ke peringkat daerah.








JAMUAN RAYA AIDILFITRI 2013

Sambutan Hari Raya Prasekolah 2013..Ramai yang tak pakai baju raya.."belum siap cikgu Sue.."..ish2..dah tak cantik nak bergambar..