Friday, December 24, 2010

Takwim Persekolahan (KPM) 2011

Untuk melihat atau memuat turun Takwim Persekolahan KPM 2011, sila skrol ke bawah pada ruangan BOX Muat Turun Bahan. Takwim ni saya google daripada Mohd Zulhakimi Zulkepli..

Hari Kelepasan Am 2011

wah..wah..belum naik sekolah,dah pikir cuti ye cikgu sue..hehe.. yang penting,nk tgk cti bln 6,nnt bb nk kuar time tuh..hehe..





Thursday, December 16, 2010

Tema : Bunga

BUNGA kapal

Anak-anak Ibnu Majjah agak teruja bila saya kata "harini kita nak buat bunga gergasi"."Hooray",mereka menjerit. Biasa lah, budak-budak, bile masa menulis, membaca, liat betul..Saya telah sediakan semua bahan sebab semuanya tersedia di kelas, tinggal mereka perlu pilih sahaja kertas warna apa yang mereka suka. Warna yang paling mereka suka ialah warna biru.5 orang warna biru, 4 orang warna pink, 4 orang warna hijau dan 4 orang warna kuning. Memandangkan 17 orang je yang datang pada hari ini, maka 17 kuntum bunga je la yang akan terhasil..Opps, aktiviti ni sebenarnya saya buat pada 20 Ogos yang lepas. Harini baru nak masukkan dalam blog..hehe,maklumlah jadi mama pada 2 orang hero kecil molek nih,agak kelam kabut sket.hehe..Jom, kita tengok apa bahan-bahannya.. 


 Bahan-bahan yang diperlukan :
*6 helai kertas A4 atau kertas warna
*Gam
*Gunting

Cara membuat :
1) Lipatkan kertas A4 dan jadikan 5 biji kapal. 1 kertas untuk 1 kapal.
2)1 helai kertas lagi digulungkan secara memanjang untuk dijadikan batang dan digunting hujungnya.
3)Cantumkan kelima-lima buah kapal tadi dan tampalkan bahagian tepinya untuk membentuk sekuntum bunga.
4)Masukkan batang bunga di celah/tengah bunga tadi.
5)Maka terhasillah sekuntum bunga.



Khusuknya Aqilah membuat kapal..K.Dewi(PPM) juga begitu
sibuk menolong anak-anak buahnya".
Boleh aku ajar anak aku buat kat rumah nanti",kata k.Dewi.



Roshini sibuk menggulung kertasnya untuk dijadikan batang.




Tangan sape ni?Bulat semacam je,tangan Maulana kot.hehe..
Ni adik kita tengah menggunting hujung batang.
 

Nampaknya kumpulan A-Maulana,Ameirul,Qistina dan Nas yang paling cepatkan siapkan kapal dan batang bunga. Kumpulan lain sibuk je meninjau kumpulan ni, itulah perangai budak pra. Bila cikgu kata, kumpulan A dah siap buat kapal, masing-masing berebut datang nak tengok..ish,ish..



Wah, semua dah dapat siapkan kapal untuk dijadikan kelopak bunga.
Jom kita cantum 5 kapal=5 kelopak bunga.

Ini dia hasil tangan anak-anak Ibnu Majjah,17 kuntum bunga akan dihadiahkan kepada Cikgu Sue.hehe..Berangan lah cikgu..Awal2 lagi diorang dah tanya,"cikgu,cikgu..boleh x kite nak kasi bunga ni kat mak kite,sebab mak kite suka bunga",kata si Fatin..Ada jugak murid yang nak bagi bunga ni pada cikgu, tapi saya pulangkan semula, ye la ,penat lelah diorang buat,tiba2 nak kasi Cikgu Sue plak..Apa lagi,kecoh la kat atas van masa balik sekolah.hehe..sorang bawak sekuntum bunga..
Kononnya jemur, nak bagi kering gam tadi, diorang siap tulis nama lagi kat batang.
Tengok ape tuh? Amboi..amboi..
Tunjuk ape plak tuh?macam berlakon je..hehe..
Beratur nak balik pun masih lagi kecoh dengan bunga masing-masing..hehe..


Wednesday, December 15, 2010

Muat Turun Bahan

Saya dah wujudkan link untuk Muat Turun Bahan. Pelbagai bahan boleh dimuat turun. Kesemuanya berkaitan dengan prasekolah. Saya akan kemaskini dari semasa ke semasa. Ada yang saya hasilkan sendiri,ada yang saya dapatkan daripada kawan-kawan dan ada juga saya sedut daripada portal-portal pendidikan. Bukan niat untuk menciplak, tapi untuk kemudahan kita bersama.Jadi,tak perlulah kalian nak mencari, menggodek sana sini. Harap kita dapat saling berkongsi maklumat dan info yang berguna ini untuk kita semua.

Tuesday, December 14, 2010

Kenderaan Air

Video ni saya buat semasa menghadiri Kursus ICT Prasekolah di Hotel Pelangi, Muar, Johor.. JU bagi siap2 tema,setiap orang lain temanya..ala,video simple je,pakai Movie Maker je..Tapi sound effect die tak sesuai,main copy je lagu yang dah ade kt netbook ni,hehe..mase tuh,malas nk search lagu..yang eloknya pkai lagu Row,Row,Row Your Boat ataupun lagu Dayung Sampan..

 

Phonics ABC Song

Dipetik daripada youtube
**Teaches Basic English Letter Sounds(Phonemics)**
written and sung by Barbara Milne
http://www.iqboosters.com/



Tugas PPM Semasa Cuti Sekolah

Saya copy daripada facebook Rasidah Ismai-JU negeri(jgn mrh ye k.cdah)yang diambil daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia..Harap2 PPM kita melaksanakan apa yang harus dibuat sepanjang cuti sekolah ni..




Monday, December 13, 2010

Senarai Nama Murid Prasekolah SKTTU 2010

NAMA KELAS : PRASEKOLAH IBNU MAJJAH
NAMA GURU BESAR : EN. MOHD SHAH BIN ABU BAKAR
NAMA GURU : PN. SURIATI HUSNIZA BINTI SALLEH
NAMA PPM : PN. DEWI MELOR BINTI HAMZAH


1. NUR SHAFIQAH AQILAH BT MOHD SAFFARUDDEEN – cemerlang akademik
2. MUHAMMAD ASHRAFF BIN ABDULLAH - anugerah khas kepimpinan
3. WAN NUR ALIAH QISTINA BT WAN SUKRI - cemerlang koko
4. ADHAM HASYRAF BIN AZAHAR I
5. MUHAMMAD AMEIRUL RIDZUAN BIN AZMI
6. MUHAMMAD MAULANA SYAH PUTRA BIN INDRA
7. NAZHANIZAM BIN AHMAD YATIM
8. RUSYAIDI BIN JAFRI
9. RUZAIDI BIN RUSDIN
10. PURVIGAN A/L PURUSHOTHAMAN
11. FATIN NUR YUSRA AMNA BT HANG TUAH
12. NABILA NADRAH BT SHAMSUL AMRI
13. NOOR NADZIRAH BT SUYITNO
14. NOOR SAKINAH BT MOHD ZAHARI
15. NURFATIN FARZANA BT RAMZU NASRI
16. PREETY ROSHINI A/P RAMA RAO
17. THANESWARY A/P KUMARAN
18. ABDUL QAYYUM AMAN BIN RASDAN – 5 TAHUN
19. NATASYA ATIQAH BT FAIZAL HANIF – 5 TAHUN
20. NUR ASHRIN NAS BT ASH’ARI - 5 TAHUN
21. SITI SYAZWANA BT AHMAD FARED – 5 TAHUN


*********************************************************


NAMA KELAS : PRASEKOLAH IBNU SINA
NAMA GURU BESAR : EN. MOHD SHAH BIN ABU BAKAR
NAMA GURU : PN. MAZIAH BINTI SIDEK
NAMA PEMBANTU : PN. SEDANG HANUM BINTI SABARI


MURID CEMERLANG
NUR RUSYDINA ZAHRA BT ZAKARIA

TEMPAT PERTAMA
NUR RUSYDINA ZAHRA BT ZAKARIA

TEMPAT KEDUA
NURUL ALEESYA BT ABD. AZIZ

TEMPAT KETIGA
NUR KASIH ALIAH BT ABD. AZIZ


1.ABDUL MUIZZ BIN MOHD SAKERY
2.DANIEL SHAH BIN MOHD SHAH
3.MOHAMAD NASRUL AFIF BIN ABD. AZIZ
4.MOHD HAQYMY BIN MOHD YUSOF
5.MUHAMMAD AMMAR SYAQIF BIN ABDULLAH
6.MUHAMMAD SAFWAN BIN MOHD FARID
7.MUHAMMAD YAZID BIN ZAINAL
8.NIK MUHAMMAD SHIRUL BIN AB. HALIM
9.ATHIBAN A/L VARIVAL
10.THINESH RAAJ A/L BALARAJA
11.TIMOTHY RAJ A/L RAJKUMAR
12.HARVINDAR SINGH A/L PERWINDER SINGH
13.STEVEN A/K COLIN
14.MAISARAH ATIQAH BT FAIZAL HANIF
15.NUR ANIS FARHANA BT ISMAIL
16.NUR ATHIRAH BT MARDIN
17.NUR HAIRUNNISA BT JAMIAN
18.NURUL ANESA BT AZMI
18.NUR ZULALINA BT ZULKIFLI
19.LOCHANA A/P ARUNASALAM
19.PRITHIIBA A/P KUMARAN
20.VICTORYA AMIELYANNA A/K AUGUSTINE AEKANE

Aktiviti Sepanjang 2010

Memandangkan blog ini baru diaktifkan, saya kumpulkan kesemua koleksi gambar aktiviti murid sepanjang tahun 2010. Antaranya ialah :

SUKAN ZON BANDAR
Sukan Olahraga Prasekolah Peringkat Zon Bandar telah diadakan di Padang SK. Tasek Utara pada 6 April 2010.



SUKAN DAERAH JOHOR BAHRU
Sukan Olahraga Prasekolah peringkat Daerah Johor Bahru pula telah diadakan di Padang SK. Taman Perling pada24 Aperil 2010


KARNIVAL PRASEKOLAH ZON BANDAR

Karnival Prasekolah Peringkat Zon Bandar telah diadakan pada 25 September 2010 di SK. Tasek Utara. Sayangnya,gambarnya tiada.Kameraku rosak.huhu..


KARNIVAL DAERAH JOHOR BAHRU
Seramai 3 orang murid daripada Prasekolah Ibnu Majjah telah terpilih ke Peringkat Daerah iaitu :
1)Wan Nur Aliah Qistina bt Wan Sukri - Deklamasi Sajak
2)Nur Shafiqah Aqilah bt Saffaruddeen - Bijak Matematik
3)Muhammad Ashraff bin Abdullah - Bijak Matematik(Ashraff tidak hadir)
KONVOKESYEN PRASEKOLAH
Konvokesyen Prasekolah(Penyampaian Sijil Prasekolah Zon Bandar) telah diadakan pada 11 November 2010 di SK Taman Tampoi Utama iaitu di sekolahku yang tercinta.

4 mak dara berposing..k.pah,k.yaya,k.cdah n aku(nyorok,malu2)



LAWATAN KE STARHILL, KEMPAS,
Lawatan ke Starhill merangkap Sambutan Hari Lahir pakej untuk semua murid prasekolah telah diadakan pada 3 Jun 2010..Bukan main seronok lagi budak2 ni mandi kolam, termasuk ler cikgu2 dan ppm2.hehe..


SAMBUTAN HARI LAHIR


Sambutan Hari Lahir Adham Hasyraff bin Azahari yang ke-6 iaitu pada 13 Januari 2010..Beshnye cikgu dapat tumpang 2 kaki makan kek Adham..hehe..Mee hon goreng yang nenek Adham masak,pergh,sedap..Orang katering la katakan..
Yang ini pulak Hari Lahir Nurfatin Farzana bt Ramzu Nasri iaitu jatuh pada 24 September 2010..Kek Barbie Girl..Besh la kawan2 asyik dapat makan kek free je..hehe..dapat jajan lagi sorang 1 beg..Alhamdulillah, murah rezki keluarga Fatin..
Sebenarnya banyak lagi aktiviti-aktiviti prasekolah yang telah dijalankan untuk sepanjang tahun 2010. Semuanya menarik,antaranya Ceramah Kesihatan(Denggi), Hari Khidmat Amal Prasekolah, Pengagihan Baju Raya dan Duit Raya, Sambutan Hari Raya, Jamuan Akhir Tahun, Pakaian Beragam sempena Hari Kanak-Kanak dan banyak lagi aktiviti-aktiviti sekolah yang disertai oleh murid prasekolah. Aktif sungguh kanak-kanak ni..Semoga anak-anakku dapat mempraktikkan ilmu yang telah cikgu curahkan apabila naik ke Tahun 1 nanti.(Mintak2 xde la yang LINUS,huhu).Insyaallah..

Selamat Datang

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjenguk blog ini walaupun tidak secanggih blog saudara. Maklumlah saya 'mak budak' baru belajar. Jadi, “Tunjuk Ajarku Sifu!”

Blog ini merupakan rangkaian aktiviti dan infomasi terkini bagi segala program 2 prasekolah SKTTU terutamanya Prasekolah Ibnu Majjah. Izinkan saya melawati blog saudara sekalian sambil mempelajari ilmu prasekolah dengan lebih mendalam. Sama-samalah kita berkongsi ilmu yang ada. Terima kasih..