Saturday, January 04, 2014

Hari Pertama Sekolah 2014

Alhamdulillah..hari pertama persekolahan pada 1 Januari 2014 berjalan dengan baik walaupun ada yang meronta-ronta nak cabut lari..hihi..yang sorang lagi pulak sempat curi telefon Cikgu Sue nak telefon mak katanya..nak mintak mak sekolah dengan dia.haha..macam-macam karenah anak-anak Majjah..Seronok betul hari pertama sekolah, Cikgu Sue terpaksa tahan nak terkucil tak boleh keluar dari kelas..Jom kita tengok reaksi anak-anak comel ni..










TAKLIMAT, PENDAFTARAN DAN MESYUARAT PERMUAFAKATAN PRASEKOLAH SKTTU 2014

Alhamdulillah..selesai sudah Taklimat, Pendaftaran dan Mesyuarat Permuafakatan Prasekolah SKTTU Kali Pertama pada 30 Disember 2013 (Isnin) yang diadakan di Bilik Permuafakatan Bestari. Walaupun persiapan agak kelam kabut, namun dapat diatasi dengan bantuan rakan-rakan seperjuangan iaitu Pn.Yusriza, Pn. Dewi Melor, Pn. Sedang Hanum dan Ustazah Kasnah.