Friday, July 26, 2013

SEKUNTUM BUNGA

Untuk slot Kreativiti, murid2 Majjah membuat sekuntum bunga setiap seorang untuk
membentuk sejambak bunga di dalam pasu.hihi..
(Berbelit-belit pulak ayat Cikgu Sue)..

Jadi, bahan-bahan yang diperlukan ialah :

1) kertas warna

2) straw
3) gunting
4) penebuk lubang (pakai gunting pun boleh)

Cara-cara :


1) Potong kelopak bunga dan daun mengikut garisan yang telah dibuat.

2) Tebuk lubang/gunting bentuk bulatan kecil di tengah-tengah kelopak bunga dan daun.
3) Hujung straw juga perlu dipotong memanjang lebih kurang 2 inci.
3) Masukkan satu persatu kelopak bunga pada straw.
4) Akhir sekali, masukkan daun,SIAP.... hihi

Murid2 perlu memilih 3 warna pilihan hati masing-masing. Yang hijau tu wajib ye..
3 warna telah dipilih.

Tu die..kelopak bunga dan daun yang telah siap digunting.Hujung straw juga perlu digunting

Adik Nurul khusyuk memotong..taknak pandang camera pon..

Senget2 kepala adik Raudhah, punya la teruja nak buat bunga..

Semuanya tekun membuat kerja.

Damia senyum tak jadi.hihi..
Manisnya senyumanmu Intan..

Taraaaaa... dah siap dua jambak bunga yang berwarna warni..

Cantik kan?

Cantik...

Pandangan dekat.

Pandangan sisi.

Sekuntum bunga untuk ibu..hihi



Wednesday, July 24, 2013

EKSPERIMEN PERCAMBAHAN BIJI BENIH


Alhamdulillah..majoriti anak2 Majjah membawa bekas plastik...Nasib baik Cikgu Sue dah stand by bekas untuk anak2 Majjah yang terlupa bawa bekas. Eksperimen ini telah dibuat pada Hari Rabu , 17 Julai 2013.















Tuesday, July 09, 2013

SUKAN DAN SUKANEKA PRASEKOLAH ZON BANDAR 2013

Pasukan SKTTU telah menghantar 2 pasukan seramai 32 orang peserta untuk menyertai beberapa acara  iaitu Larian 50 meter, Larian 80 meter, Larian Berhalangan-80 meter, Baling Bola Lisut serta Sukaneka sempena Sukan dan Sukaneka Prasekolah Zon Bandar Johor Bahru 2013 pada 2 Julai 2013, Selasa di SK Ayer Molek, JB..

Pasukan SKTTU telah berjaya mendapat :

1 pingat emas-Larian 50m(L)=Danish Azril
1 pingat gangsa-Larian 50m (L)=Muhammad Danial Hazim

Senyum sambil mengembangkan hidung.hihi

Tu dia kontijen SKTTU..

Khusyuk mendengar ucapan..

Lambatnya nak balik..

Acara lari berhalangan, dengan kata lain, acara lompat getah..hihi

Masing-masing lapar..jom kita makan dulu.

Saingan sengit Hazim dan Azril..gaya seorang atlet..

peace dlu..tangkal kuning jangan bukak..dah jampi tu..hihi

Berdebar-debar nak lari..

Fariz tak sabar nak lari..

Sedih je..ni mesti kene paksa ngan mak die..sape la mak die tuh.hihi

Laju,,laju...


Tyara dah ready..

Izz dan Fariz ..

Acara sukaneka..

AJK Peralatan..

Suasana di pagi hari..

Senamrobik

Apa la yang diborak oleh Aliaa dan Najah..beriya betul..

Izz mengantuk lagi..

Azril dan Izz dah ready untuk senamrobik..

Baru sampai..




Monday, July 08, 2013

CERAMAH KESIHATAN GIGI

Minta maaf banyak2 sebab Cikgu Sue tak dapat join ceramah gigi.Nak buat macam mana Cikgu Sue kan glamour, jd mc sukan tahunan..huhu..Kebetulan pula ada raptai penuh Kejohanan Balapan dan Padang SKTTU kali ke-9..Nasib baik ada Cikgu Yus..Ceramah kesihatan gigi ini dibuat di Pusat Akses SKTTU pada 5 Julai 2013, Jumaat..