Sunday, March 20, 2011

Temasya Balapan & Padang Prasekolah Zon Bandar 2011

Tarikh : 23 Mac 2011
Hari : Rabu
Masa  :  7.30 pagi
Tempat  : Padang SK Taman Impian Emas, JB

Pada Tahun 2011,kontinjen SKTTU hanya menghantar 18 orang peserta sahaja yang terdiri daripada 10 orang lelaki dan 8 orang perempuan. Harapan untuk tahun ini tidak begitu tinggi seperti tahun-tahun lepas, namun begitu saya dan Cikgu Yus tetap menyuntik semangat anak-anak didik supaya membawa pulang seberapa banyak pingat.."Lari dan lompat tinggi2 tau,nanti dapat hadiah.."hehe..Bila sebut hadiah, bersemangat la diorang..Semoga berjaya anak-anakku..Insyaallah..

Thursday, March 17, 2011

Sambutan Hari Lahir 1 (Qayyum-10Mac)

10 Mac 2011 merupakan Hari Lahir Abdul Qayyum Aman bin Rasdan yang ke-6..eh,sama tarikh annivesary cikgu sue la ;-) Terima Kasih diucapkan kepada Pn. Mazlina(ibu Qayyum) kerana bersusah payah menyediakan kek dan goodies untuk anak-anak Pra Ibnu Majjah, guru dan PPM..Dapat jugak Cikgu Sue merasa sepotong kek yang YUMMYY..hehe..

Walaupun sambutan diadakan lewat sehari iaitu 11 Mac, namun kemeriahannya masih terasa.hehe..maklum la,dapat makan kek free..hehe..

sedapnye..yummy..

kwn2 lain sibuk nak interpremm..hehe..

Selamat Hari Jadi(3x)...Qayyum...

fuhhhh...


Aktiviti murid pada hari ke-2 persekolahan


AKTIVITI : MERENYUK,MENGGULUNG DAN MENAMPAL

Bahan-bahan : Kertas A(Putih,kuning,biru dan merah jambu)
                              Gam
murid diberi pilihan untuk memilih warna yang dikehendaki
Cara :
1) Murid diberi 1 helai kertas A4 putih dan 4 helai kertas A4 berwarna yang dipotong dua.
2)Murid perlu merenyuk 2 helai kertas yang sama warna untuk dijadikan mata.
3)1 helai lagi direnyuk untuk dijadikan hidung.
4)Dan 1 helai kertas warna yang tinggal digulung untuk jadikan mulut.

Jom,kita lihat ank-anak pra Ibnu Majjah menghasilkan bentuk muka(mata,hidung dan mulut)


adik Shahril merenyuk kertas dengan penuh geram..hehe

Dengan megahnya, murid menunjukkan kertas yang direnyuknya..
dah siap tampal mata..

ada mata merah,ada mata biru..

Ni hasil tangan Qayyum,murid 5 tahun,tahun lepas..


Tangan sape ni,lupa plak Cikgu Sue ni..nampaknya adik
kita dah nak siap dah,ngah tampal mulut..
  Mari kita lihat hasil tangan anak-anak Pra Ibnu Majjah pada hari ke-2 persekolahan..
                

Akhirnya..terbentuklah wajah masing2..senget benget mulut..hehe..


Coretan Hati Cikgu Sue

Alhamdulillah..SMPK ku dah selesai walaupun masih ada 3 orang murid  x dapat key in maklumat ibubapa..ni semua murid tahun lepas..huhu..rakan-rakanku yang lain juga menghadapi masalah yg sama..apa lagi yang bolehku buat,biar je la,asalkan nama murid ada lam senarai murid Prasekolah Ibnu Majjah 2011..

Alhamdulillah juga,murid-muridku tahun ini rajin datang sekolah,paling ramai tak datang pun 5 org,tu pun pada hari Sabtu sekolah ganti..Pada tahun-tahun sudah,kalau sekolah ganti hari Sabtu,pernah sekali,seorang je datang sekolah.huhu..Murid-murid pada tahun ini juga cepat belajar walaupun mulut x berhenti bercakap..Bising dan tak duduk diam adalah lumrah untuk anak-anak prasekolah,apa lagi,jerit la Ckgu Sue.."Kelassss.....",murid2 ku sepantas kilat menjawab"Yesss...teacher"..Sunyi seketika,kemudian riuh semula..begitulah keadaan Pra Ibnu Majjah setiap hari..

Naik sekolah minggu depan,23 Mac 2011,Temasya Sukan Balapan dan Padang Prasekolah Zon Bandar pula akan berlansung di SK Taman Impian Emas..Apa la nasib kontijen dari SKTTU tahun ini,latihan hanya dibuat pada saat2 akhir,bukan malas Tuan Guru Besar,tapi keadaanku yang sudah tidak berdaya untuk berlari ke hulu ke hilir ngan budak-budak kecil ni..Terpaksa ku gagahkan diri melatih murid-muridku dengan membawa perutku yang besar ni ke padang..Tercungap-cungap juga..nak pitam dibuatnya..Nasib baik,Cikgu Yus yang kecil molek ni aktif,bersemangat betul dia melatih budak2 bersukan..Harap2 tahun ni dapat bawa balik banyak emas walaupun latihan tidak seberapa..hehe(berangan la)..

Insyaallah malam ni,gambar2 aktiviti muridku yang lepas2 akan dimasukkan ke dalam blog..Jangan marah ye,siaran tertunda..hehe..

Tuesday, February 08, 2011

Taklimat Ibu bapa dan Mesyuarat Permuafakatan Prasekolah SKTTU Kali Pertama 2011

Alhamdulillah..setelah sebulan lebih tidak menjenguk blog, akhirnya dapat gak meluangkan masa seminit dua untuk blog..Sebenarnya banyak bahan ingin dimasukkan ke dalam blog, tp masa tidak mengizinkan, maklum la awal2 tahun nih, banyak benda ingin diselesaikan..nama lagi cikgu kan..

Memulakan Tahun Baru 2011 dengan sesi Taklimat Ibu bapa Prasekolah Sesi 2011 pada 1 Januari 2011. Alhamdulillah, kedatangan ibu bapa hampir 100%, x sangka seramai ni yang datang, tahun2 lepas,ramai yang tidak menghadirkan diri..Beribu maaf kerana tempat tidak begitu selesa kerana semua dijalankan serentak, Pendaftaran Tahun 1, Bayaran Yuran..Kelas-kelas besar dan dewan semua diguna pakai..Terpaksalah ibu bapa murid prasekolah bersesak sedikit di Bilik Tayang SKTTU. Walaupun sempit, tapi sejuk kan?heheh.. Lagi pulak, ini tahun pertama pendaftaran penuh 50 orang..Tahun-tahun sudah hanya 38-44 murid sahaja.. Tahun ini,senarai menunggu pun agak ramai..Nampaknya SKTTU nak kena tambah pra lagi satu..hehe..

Saya selitkan sedikit gambar sepanjang perjalanan taklimat tersebut..


Tenkiu pada ustazah Zalina yg dtg tolong kitaorg kat meja pendaftaran..
Cikgu Yus kita sempat bposing..hehe

Makin ramai yang datang nampaknya..
 
suasana di dalam bilik tayang..adik kita sorang nih dah lelap rupanya..


GB memberi ucapan..

si kembar 5 thn..



Ucapan dari Pengerusi Majlis Permuafakatan Prasekolah 2011-En. Abd Rahman bin Yusof