Thursday, March 17, 2011

Coretan Hati Cikgu Sue

Alhamdulillah..SMPK ku dah selesai walaupun masih ada 3 orang murid  x dapat key in maklumat ibubapa..ni semua murid tahun lepas..huhu..rakan-rakanku yang lain juga menghadapi masalah yg sama..apa lagi yang bolehku buat,biar je la,asalkan nama murid ada lam senarai murid Prasekolah Ibnu Majjah 2011..

Alhamdulillah juga,murid-muridku tahun ini rajin datang sekolah,paling ramai tak datang pun 5 org,tu pun pada hari Sabtu sekolah ganti..Pada tahun-tahun sudah,kalau sekolah ganti hari Sabtu,pernah sekali,seorang je datang sekolah.huhu..Murid-murid pada tahun ini juga cepat belajar walaupun mulut x berhenti bercakap..Bising dan tak duduk diam adalah lumrah untuk anak-anak prasekolah,apa lagi,jerit la Ckgu Sue.."Kelassss.....",murid2 ku sepantas kilat menjawab"Yesss...teacher"..Sunyi seketika,kemudian riuh semula..begitulah keadaan Pra Ibnu Majjah setiap hari..

Naik sekolah minggu depan,23 Mac 2011,Temasya Sukan Balapan dan Padang Prasekolah Zon Bandar pula akan berlansung di SK Taman Impian Emas..Apa la nasib kontijen dari SKTTU tahun ini,latihan hanya dibuat pada saat2 akhir,bukan malas Tuan Guru Besar,tapi keadaanku yang sudah tidak berdaya untuk berlari ke hulu ke hilir ngan budak-budak kecil ni..Terpaksa ku gagahkan diri melatih murid-muridku dengan membawa perutku yang besar ni ke padang..Tercungap-cungap juga..nak pitam dibuatnya..Nasib baik,Cikgu Yus yang kecil molek ni aktif,bersemangat betul dia melatih budak2 bersukan..Harap2 tahun ni dapat bawa balik banyak emas walaupun latihan tidak seberapa..hehe(berangan la)..

Insyaallah malam ni,gambar2 aktiviti muridku yang lepas2 akan dimasukkan ke dalam blog..Jangan marah ye,siaran tertunda..hehe..

No comments:

Post a Comment