Thursday, June 20, 2013

JEREBU LAGI...

Keadaan jerebu di Johor Bahru semakin kritikal.Paras IPU di Pasir Gudang/Johor Bahru pada jam 11 pagi tadi sudah mencecah 199 paras yang amat tidak sihat. Segala aktiviti luar kelas perlu ditangguhkan..Murid-murid perlu memakai nasal mask.Anak-anak didik Majjah ada yang terbatuk-batuk..Terima kasih kepada GPK HEM kerana membekalkan mask (free) untuk anak-anak prasekolah..


Bagus jugak pakai mask nih..automatik semua diam.hihi

Masing-masing takut bila Cikgu Sue cakap, kalau tak pakai mask,
boleh mati  sebab  telan asap dan habuk yang banyak..

Wajib pakai topeng..

Esok mesti pakai topeng ke sekolah, kalau takde topeng, jangan keluar rumah..

Keadaan SKTTU pada pukul 11.30 pagi..

Apartment kat hujung sana dah hilang..

No comments:

Post a Comment