Memandangkan blog ini baru diaktifkan, saya kumpulkan kesemua koleksi gambar aktiviti murid sepanjang tahun 2010. Antaranya ialah :
SUKAN ZON BANDAR
Sukan Olahraga Prasekolah Peringkat Zon Bandar telah diadakan di Padang SK. Tasek Utara pada 6 April 2010.


SUKAN DAERAH JOHOR BAHRU



KARNIVAL PRASEKOLAH ZON BANDAR
Karnival Prasekolah Peringkat Zon Bandar telah diadakan pada 25 September 2010 di SK. Tasek Utara. Sayangnya,gambarnya tiada.Kameraku rosak.huhu..
KARNIVAL DAERAH JOHOR BAHRU

1)Wan Nur Aliah Qistina bt Wan Sukri - Deklamasi Sajak
2)Nur Shafiqah Aqilah bt Saffaruddeen - Bijak Matematik
3)Muhammad Ashraff bin Abdullah - Bijak Matematik(Ashraff tidak hadir)
KONVOKESYEN PRASEKOLAH
KONVOKESYEN PRASEKOLAH
Konvokesyen Prasekolah(Penyampaian Sijil Prasekolah Zon Bandar) telah diadakan pada 11 November 2010 di SK Taman Tampoi Utama iaitu di sekolahku yang tercinta.

4 mak dara berposing..k.pah,k.yaya,k.cdah n aku(nyorok,malu2)


LAWATAN KE STARHILL, KEMPAS,
Lawatan ke Starhill merangkap Sambutan Hari Lahir pakej untuk semua murid prasekolah telah diadakan pada 3 Jun 2010..Bukan main seronok lagi budak2 ni mandi kolam, termasuk ler cikgu2 dan ppm2.hehe..
SAMBUTAN HARI LAHIR

Sambutan Hari Lahir Adham Hasyraff bin Azahari yang ke-6 iaitu pada 13 Januari 2010..Beshnye cikgu dapat tumpang 2 kaki makan kek Adham..hehe..Mee hon goreng yang nenek Adham masak,pergh,sedap..Orang katering la katakan..

Sebenarnya banyak lagi aktiviti-aktiviti prasekolah yang telah dijalankan untuk sepanjang tahun 2010. Semuanya menarik,antaranya Ceramah Kesihatan(Denggi), Hari Khidmat Amal Prasekolah, Pengagihan Baju Raya dan Duit Raya, Sambutan Hari Raya, Jamuan Akhir Tahun, Pakaian Beragam sempena Hari Kanak-Kanak dan banyak lagi aktiviti-aktiviti sekolah yang disertai oleh murid prasekolah. Aktif sungguh kanak-kanak ni..Semoga anak-anakku dapat mempraktikkan ilmu yang telah cikgu curahkan apabila naik ke Tahun 1 nanti.(Mintak2 xde la yang LINUS,huhu).Insyaallah..
No comments:
Post a Comment