Thursday, December 16, 2010

Tema : Bunga

BUNGA kapal

Anak-anak Ibnu Majjah agak teruja bila saya kata "harini kita nak buat bunga gergasi"."Hooray",mereka menjerit. Biasa lah, budak-budak, bile masa menulis, membaca, liat betul..Saya telah sediakan semua bahan sebab semuanya tersedia di kelas, tinggal mereka perlu pilih sahaja kertas warna apa yang mereka suka. Warna yang paling mereka suka ialah warna biru.5 orang warna biru, 4 orang warna pink, 4 orang warna hijau dan 4 orang warna kuning. Memandangkan 17 orang je yang datang pada hari ini, maka 17 kuntum bunga je la yang akan terhasil..Opps, aktiviti ni sebenarnya saya buat pada 20 Ogos yang lepas. Harini baru nak masukkan dalam blog..hehe,maklumlah jadi mama pada 2 orang hero kecil molek nih,agak kelam kabut sket.hehe..Jom, kita tengok apa bahan-bahannya.. 


 Bahan-bahan yang diperlukan :
*6 helai kertas A4 atau kertas warna
*Gam
*Gunting

Cara membuat :
1) Lipatkan kertas A4 dan jadikan 5 biji kapal. 1 kertas untuk 1 kapal.
2)1 helai kertas lagi digulungkan secara memanjang untuk dijadikan batang dan digunting hujungnya.
3)Cantumkan kelima-lima buah kapal tadi dan tampalkan bahagian tepinya untuk membentuk sekuntum bunga.
4)Masukkan batang bunga di celah/tengah bunga tadi.
5)Maka terhasillah sekuntum bunga.



Khusuknya Aqilah membuat kapal..K.Dewi(PPM) juga begitu
sibuk menolong anak-anak buahnya".
Boleh aku ajar anak aku buat kat rumah nanti",kata k.Dewi.



Roshini sibuk menggulung kertasnya untuk dijadikan batang.




Tangan sape ni?Bulat semacam je,tangan Maulana kot.hehe..
Ni adik kita tengah menggunting hujung batang.
 

Nampaknya kumpulan A-Maulana,Ameirul,Qistina dan Nas yang paling cepatkan siapkan kapal dan batang bunga. Kumpulan lain sibuk je meninjau kumpulan ni, itulah perangai budak pra. Bila cikgu kata, kumpulan A dah siap buat kapal, masing-masing berebut datang nak tengok..ish,ish..



Wah, semua dah dapat siapkan kapal untuk dijadikan kelopak bunga.
Jom kita cantum 5 kapal=5 kelopak bunga.

Ini dia hasil tangan anak-anak Ibnu Majjah,17 kuntum bunga akan dihadiahkan kepada Cikgu Sue.hehe..Berangan lah cikgu..Awal2 lagi diorang dah tanya,"cikgu,cikgu..boleh x kite nak kasi bunga ni kat mak kite,sebab mak kite suka bunga",kata si Fatin..Ada jugak murid yang nak bagi bunga ni pada cikgu, tapi saya pulangkan semula, ye la ,penat lelah diorang buat,tiba2 nak kasi Cikgu Sue plak..Apa lagi,kecoh la kat atas van masa balik sekolah.hehe..sorang bawak sekuntum bunga..
Kononnya jemur, nak bagi kering gam tadi, diorang siap tulis nama lagi kat batang.
Tengok ape tuh? Amboi..amboi..
Tunjuk ape plak tuh?macam berlakon je..hehe..
Beratur nak balik pun masih lagi kecoh dengan bunga masing-masing..hehe..


2 comments:

  1. Terbaik 👍... Selalu buat kapal je tuk murid dr kertas, siapa sangka blh buah bunga pula.. Tahniah cikgu

    ReplyDelete